Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, May 6, 2008

Ubahlah gaya hidup Barisan Nasional

Soalan:

Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke 12 dari 24 Februari sehingga 7 Mac 2008 hasil dari penggunaan jet eksekutif Kerajaan bagi kegunaan YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri?


Jawapan:

Bagi tempoh 24 Februari sehingga 7 Mac 2008, jumlah perbelanjaan untuk penggunaan jet eksekutif adalah sebanyak RM792,325.20.


Akan tetapi apa yang diseru oleh Perdana Menteri baru-baru ini? Rujuklah keratan akhbar Berita Harian berikut:



Perdana Menteri harus juga jaga kata dengan tingkahlaku...
Berjimat cermat demi kepentingan rakyat sekalian terutama gaya hidup Barisan Nasional!


Jaringan yang berkaitan berita tersebut:

The Enigm@ Chronicles

Wat A Lulu

Wednesday, April 30, 2008

Parliament Live

Merujuk kepada website berikut untuk mengetahui keadaan Parlimen yang terkini:

Blog berikut dipunyai oleh Ahli Dewan Rakyat DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Rakyat DAP bagi Bukit Jelutong, Jeff Ooi.

Screenshots - Jeff Ooi






Philosophy Politics Economics - Tony Pua

Wednesday, April 2, 2008

Setuju Jadi Pakatan Rakyat

DAP,Pas, PKR bentuk gabungan untuk selaras dasar kerajaan di lima negeri

Penasihat DAP Lim Kit Siang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumum persetujuan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA : DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas bersetuju menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat bagi menggambarkan kerjasama antara ketiga-tiga parti itu.

Pemimpin ketiga-tiga parti itu, dalam kenyataan bersama, menjelaskan semua negeri di bawah kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas akan melaksanakan dasar yang selari denga Pakatan Rakyat.

"Kami komited dengan perubahan program yang disokong oleh semangat perlembagaan. Saya tidak nampak kesukarannya. Kami sudah mencapai kesetujuan." Anwar Ibrahim - Penasihat PKR

Friday, January 18, 2008

Universiti Bertaraf Dunia?


Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Mohamad nampaknya telah hilang fokus kerjanya, di mana beliau lebih memberatkan memain peranan sebagai seorang pegawai pemasaran pendidikan di negara asing daripada tugasnya sebagai seorang menteri pendidikan tinggi.

Mustapha yang berada di negara China untuk memasarkan universiti-universiti Malaysia baru-baru ini berkata bahawa beliau mahu melihat sekurang-kurangnya 15,000 pelajar Cina datang ke Malaysia, dalam tempoh 3 tahun - dua kali ganda jumlah pelajar Cina yang terdapat sekarang.

Beliau berkata ramai pelajar negara Cina datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka di institut pengajaran tinggi swasta mahupun kerajaan untuk program siswazah.

"Maka itu, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia akan pergi ke seluruh negara Cina untuk memasarkan negara Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi,"jelas beliau lagi.

Tetapi Mustapha seperti tidak sedar akan tugasnya yang lebih penting, iaitu memastikan universiti-universiti di Malaysia mencapai penganugerahan sebagai universiti bertaraf antarabangsa.

Tidak satu universiti Malaysia pun yang termasuk dalam 200 universiti terbaij dunia dalam 'Times Higher Education Supplement (THES)-Quacquarelli Symonds (QS)' yang dikeluarkan baru-baru ini. Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah memenangi anugerah lima-bintang dalam tinjauan kerajaan tahun ini hanya mampu mendapat tempat ke-307 dalam THES-QS. Universiti Chulalongkorn di Thailand pun mampu mendapat tempat ke-233, iaitu lebih rendah daripada Universiti Malaya yang mendapat tempat ke-246.

Sungguhpun begitu, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia masih lagi berlengah-lengah dan hanya sibuk adakah universiti begini yang dibangga-banggakan kerajaan Malaysia? Bukankah Mustapha lebih patut memberi keutamaan dalam memastikan Universiti Malaysia mencapai tahap universiti cemerlang, dan bertaraf antarabangsa? Dan bukan hanya sibuk memasarkan universiti tempatan sebagai peluang keuntungan?

Wednesday, January 9, 2008

V Ganabatirau yang tulus hati

- adaptasi daripada Suara Keadilan 2 - 16 Januari 2008

oleh:Tony Pua

SETELAH mengenali V Ganabatirau(Gana) selama lebih kurang lapan bulan dulu, saya tidak boleh mengatakan saya tahu semuanya. Tetapi ada banyak perkara yang melambangkan kemurniaannya yang saya kongsi bersama.

Gana bukanlah seorang rasis. Dia juga bukan seorang fanatik ugama dan tidak mungkin seorang pengganas seperti yang digambarkan. Setelah mengenalinya beberapa bulan dulu, sifatnya adalah bertentangan dengan apa yang cuba digambarkan oleh pemerintahan Abdullah Badawi melalui media.

Gana adalah rakyat Malaysia sejati, yang percaya bahawa semua rakyat Malaysia, tanpa mengenal laum, mempunyai hak yang sama untuk berjaya. Walaupun setengahnya mungkin mengatakan bahawa Hindraf sepatutnya memperlihatkan diri mereka supaya lebih bersifat berbilang kaum, tidak ada rakyat Malaysia yang waras dapat menafikan bahawa sebilangan besar orang-orang India di negara ini telah dipinggirkan dan hidup di bawah ataupun hampir dengan garis kemiskinan.

Melihat cara politik Malaysia hari ini, adalah tidak mengejutkan apabila kaum India terpaksa bangkit dan bersuara.

Tetapi bagi Gana, walaupun baru saja memulakan firma perundangannya, terpaksa berulang alik (sekurang-kurangnya seminggu sekali) di antara Teluk Intan (kampung halamannya) dan Shah Alam di mana mereka tinggal sekarang, untuk memberikan khidmatnya kepada mereka yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik.

Malah dia telah menyewa dan menyediakan kelengkapan pusat khidmat di Teluk Intan dengan duitnya sendiri, untuk meneruskan usahanya.

Apabila saya menerima kes-kes di pusat khidmat saya sendiri di Damansara Utama, dan memerlukan bantuan guaman untuk membantu mereka yang mengadu, Gana menawarkan diri tanpa diminta.

Sebagai contoh, terdapat satu kumpulan seramai tujuh orang kontraktor yang gagal mendapat bayaran daripada pemaju perumahan, Gana terus membantu mereka dan memberikan khidmat nasihat secara sukarela. Apabila tindakan undang-undang diperlukan saya terpaksa meyakinkannya untuk menerima pembayaran daripada kontraktor ini.

Fikirkan, kesemua kontraktor ini terdiri dari orang-orang Cina tetapi, perbezaan bangsa, seperti yang selalu diperkatakan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia, tidak pernah terlintas olehnya. Gana, adik bongsu di kalangan tiga beradik. Keluarga mana pun akan merasa bangga sekiranya mempunyai anak sepertinya. Keluarganya dari masyarakat India Telugu dan membesar dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Gana tidak mempunyai peluang untuk menamatkan pelajarannya seperti prang lain. Selepas menamatkan pelajarannya seperti orang lain. Selepas menamatkan Tingkatan lima, dia terpaksa bekerja sambilan untuk membantu keluarga dan dirinya.

Begitupun, itu tidak menghalangnya untuk berjimat dan mengambil kursus-kursus separuh masa untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pegawai kehakiman. Impiannya menjadi kenyataan ketika beliau berusia lewat dua puluhan apabila beliau berkaya mendapat ijazah undang-undang melalui program jarak jauh University of London.

Dia memulakan tugasnya sebagai pembantu undang-undang dengan sebuah firma guaman di Teluk Intan sehinggalah beliau mampu menubuhkan firmanya sendiri selepas berpindah ke Shah Alam tahun lepas.

Selama ini, beliau mempunyai cita-cita politik, bukan bercita-cita untuk mencari kekayaan diri secara haram ataupun tidak beretika, tetapi cita-cita untuk membantu memainkan peranan demi kemajuan masyarakatnya yang terpinggir khasnya, dan keseluruhan rakyat Malaysia amnya.

Setelah menubuhkan firmanya sendiri, untuk kebaikan atau sebaliknya, dia mampu memberi masa kepada isu-isu politik dan sosial. Dan dia melakukannya dengan sepenuh hati dan kerelaan.

Gana berkhawin tidak lama dulu dengan seorang guru sekolah. Dan pada hari merdeka yang lalu, anaknya yang pertama telah dilahirkan, sekarang berumur tidak sampai empat bulan. Jika Abdullah Badawi meneruskan caranya, sementara Gana dibebaskan dari tahanan ISA, anaknya akan berumur lebih dua tahun.

Bila Gana pertama kali menunjukkan isterinya yang berada di mahkamah kepada saya ketika dia didakwa dengan tuduhan menghasut di makamah syesen Kelang, anda akan dapat melihat air matanya dengan jelas. Segala kerisauannya, malangnya menjadi kenyataan.

Ketika menulis catatan ini, air mata mula mengalir. Saya sesungguhnya percaya bahawa Gana akan memperolehi lebih kekuatan selepas dibebaskan nanti. Kita mungkin tidak akan mendengar khabar dirinya untuk satu jangka waktu tetapi saya mengharapkan dia akan menjadi pemimpin di negara ini satu masa nanti.

Seorang pejuang ulung yang prihatin, bijak dan berdedikasi dalam memberikan sumbangan untuk merealisasikan Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang. Segala sumbangan dan pengorbanannya jangan harus dipersia-siakan.

Penulis adalah ahli DAP - tonypua.blogspot.com

Tuesday, January 8, 2008

M For Malaysia : Past, Present & Future

M For Malaysia : Past, Present & Future



Suatu video youtube yang harus dinyaksi oleh seluruh rakyat Malaysia.

[Gubah dari tayangan V for Vendetta]

"People should not be afraid their government and government should be afraid their people....

The building(parliament) is a symbol...
Symbols are given powers by people.
Alone, a symbol is meaningless,
but with enough people...
can change the world!"


"Rakyat tidak patut takut kepada kerajaan mereka sebaliknya kerajaan yang seharusnya takut kepada rakyat..."

Parlimen hanyalah suatu simbol...
Simbol yang dikurniakan kuasa oleh rakyat,
Tanpa rakyat, ia menjadi simbol yang tak bermakna,
Akan tetapi dengan kuasa rakyat yang cukup,
Kita dapat membuat PERUBAHAN!