- adaptasi daripada Malaysiakini
Andrew Ong | Jan 30, 08 7:01pm
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai satu misi menjelang pilihanraya umum yang diramalkan Mac ini - masanya sudah tiba untuk 'membersihkan' kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya parti tulang belakangnya, Umno.
Sehubungan itu, beliau berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang "korup dan kayu mati" dalam pilihanraya umum akan datang.
Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata beliau cuba berbuat demikian kerana nampaknya BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri.
Untuk itu, katanya, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka penyokong BN tidak patut mengundi mereka dan "inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno".
Dr Mahathir berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku terbarunya dalam bahasa Inggeris bertajuk ‘Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders’, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak menyokong pembangkang dan beliau yakin BN akan menang selesa dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, beliau meramalkan keputusannya akan hampir sama dengan pilihanraya 1999, berbanding dengan 2004 di mana BN mendapat mendapat terbesar dari rakyat. Pada 1999, BN kalah teruk serta kehilangan Kelantan dan Terengganu kepada parti PAS.
"Isu-isu sekarang berbeza (berbanding dengan tahun 1999). Terdapat (sekarang) masalah inflasi. Lebih penting lagi kualiti kepimpinan (dalam Umno) tidak ada," kata Dr Mahathir.
Guna "cara-cara haram"
Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata, pilihanraya umum akan datang "boleh jadi" yang paling kotor dan menyuarakan kebimbangnnya terhadap penggunaan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi.
Apabila diminta membuktikan dakwaannya mungkin berlaku pembelian undi, Dr Mahathir menjawab, kebimbangannya itu berdasarkan pengalamannya dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu pada 2006 serta sewaktu pilihanraya kecil tahun lalu.
"Dalam kes saya (pemilihan Umno Kubang Pasu), saya telah membuktikan bahawa mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangka amalam ini akan berterusan sewaktu pilihanraya umum," katanya.
Pada 2006, Dr Mahathir mendakwa berlaku rasuah dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu untuk menghalang beliau daripada dipilih sebagai perwakilan ke perhimpunan agung Umno. Jawatankuasa disiplin Umno bagaimanapun, telah membersihkan bahagian tersebut dari sebarang salahlaku.
Dr Mahathir juga mengesahkan khabar angin yang sudah lama diperkatakan bahawa kerajaan pimpinannya sebelum ini sengaja mengelak memajukan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS atas sebab-sebab politik.
Beliau berkata, Umno merasakan kerajaan pusat tidak seharusnya memajukan negeri itu kerana PAS akan kesempatan daripada keadaan tersebut.
"PAS akan beritahu rakyat - walaupun tidak mengundi BN, anda masih dapat pembangunan. Jadi, mengapa perlu mengundi BN? Ini merupakan masalah yang sering dihadapi dengan PAS. Malah di kawasan pilihanraya saya... Kerana itu kita tidak memajukannya," jelas beliau.
Beliau turut mengulas mengenai isu-isu agama, ekonomi dan dakwaan rasuah sewaktu 22 tahun pentadbirannya.
Wednesday, January 30, 2008
Tuesday, January 29, 2008
The Lawless Town
The Lawless Town - Klip Promosi Pilihanraya Kebangsaan DAP.
Beranikah anda melangkah keluar pada waktu malam?
Beranikah anda berjalan seorang diri pada siang hari?
Pernahkah orang yang disayangimu menjadi mangsa jenayah?
Pernahkah kamu sendiri menjadi mangsa jenayah?
Mengikut rekod Polis DIraja Malaysia, dalam tahun 2007, secara puratanya setiap hari berlaku 47 kes rompakan, 30 kes ragut, 8 kes rogol, 6 kes mencabut kehormatan, 4 kes ugut dan satu kes bunuh.
Inilah akibat pemerintahan berterusan Barisan Nasional setelah 50 tahun Merdeka.
Bolehkah kita membiarkannya sahaja?
Jom Ubah! Untuk Negara Yang Selamat!

Thursday, January 24, 2008
Tak Restu 13 Mei Berulang
Tidak Restu hujah YB Chew bahawa 13 Mei Berulang
Sila menerbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf.
Tak Restu 13 Mei Berulang
- Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau
Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi.
Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: "Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina tidak sanggup menanggung lagi satu insiden Mei 13."
Rusuhan kaum Mei 13, 1969 sememangnya suatu episod gelap dalam sejarah Malaysia di mana keganasan dan manipulasi politik telah menindas proses demokratik dan suara para pengundi. Pembangkitan insiden pahit ini demi kepentingan politik bersifat menghina mangsa yang terkorban, mangsa yang terselamat dan juga keluarga mereka. Tindakan Chew yang bertujuan menjadi amaran kepada pengundi supaya tidak menyokong parti pembangkang adalah perbuatan keji dan tidak mempamerkan sifat seorang pemimpin yang berwibawa.
Sekiranya Chew sememangnya mengetahui apa-apa maklumat tentang pihak tertentu yang berhasrat untuk menggunakan keganasan akibat keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan, beliau yang selama ini giat membangkit isu keselamatan awam patut serta-merta membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan polis.
Sekiranya beliau sekadar berspekulasi, kami berasa amat kecewa kerana beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengumpan undi. Ahli politik tidak patut berkelakuan selolah-olah anggota kongsi gelap. Mereka tidak patut menggunakan keganasan sebagai ancaman untuk meraih undi sepertimana anggota kongsi gelap memeras wang.
Pada hakikatnya, Chew telah melanggar Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Pengaruh tidak wajar
9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong, atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.
Sementara menunggu Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat dan membuat laporan polis mengenai kes ini, kami menyeru Chew supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Beliau mesti mengecam dengan sekeras-kerasnya sebarang kes keganasan politik. Pengundi berhak memilih mana-mana calon atau parti pilihan mereka dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur ugutan dan intimidasi.
Kami juga menyeru YAB PM Dato' Seri Abdullah Badawi untuk menafikan sebarang kaitan antara kerajaan dan partinya dengan kenyataan Chew yang berpotensi menakutkan pengundi. YAB juga harus mengutuk dengan sepenuhnya sebarang ugutan dan ancaman ke atas pengundi.
Kita tidak boleh biarkan Malaysia senasib negara di mana keganasan politik berleluasa eperti Pakistan. Kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak bermain dengan api. Kita mesti menolak dengan sepenuhnya sesiapa yang cuba menggunakan insiden pahit Mei 13 untuk mengancam rakyat Malaysia.
Individu-individu atau badan-badan masyarakat madani yang pro-demokrasi diminta menyokong kenyataan ini dengan memaparkannya di premis, kenderaan atau mukasurat pertama blog atau laman web mereka, sebagai tanda pengiktirafan, sehinggalah Chew menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Friday, January 18, 2008
Universiti Bertaraf Dunia?
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Mohamad nampaknya telah hilang fokus kerjanya, di mana beliau lebih memberatkan memain peranan sebagai seorang pegawai pemasaran pendidikan di negara asing daripada tugasnya sebagai seorang menteri pendidikan tinggi.
Mustapha yang berada di negara China untuk memasarkan universiti-universiti Malaysia baru-baru ini berkata bahawa beliau mahu melihat sekurang-kurangnya 15,000 pelajar Cina datang ke Malaysia, dalam tempoh 3 tahun - dua kali ganda jumlah pelajar Cina yang terdapat sekarang.
Beliau berkata ramai pelajar negara Cina datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka di institut pengajaran tinggi swasta mahupun kerajaan untuk program siswazah.
"Maka itu, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia akan pergi ke seluruh negara Cina untuk memasarkan negara Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi,"jelas beliau lagi.
Tetapi Mustapha seperti tidak sedar akan tugasnya yang lebih penting, iaitu memastikan universiti-universiti di Malaysia mencapai penganugerahan sebagai universiti bertaraf antarabangsa.
Tidak satu universiti Malaysia pun yang termasuk dalam 200 universiti terbaij dunia dalam 'Times Higher Education Supplement (THES)-Quacquarelli Symonds (QS)' yang dikeluarkan baru-baru ini. Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah memenangi anugerah lima-bintang dalam tinjauan kerajaan tahun ini hanya mampu mendapat tempat ke-307 dalam THES-QS. Universiti Chulalongkorn di Thailand pun mampu mendapat tempat ke-233, iaitu lebih rendah daripada Universiti Malaya yang mendapat tempat ke-246.
Sungguhpun begitu, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia masih lagi berlengah-lengah dan hanya sibuk adakah universiti begini yang dibangga-banggakan kerajaan Malaysia? Bukankah Mustapha lebih patut memberi keutamaan dalam memastikan Universiti Malaysia mencapai tahap universiti cemerlang, dan bertaraf antarabangsa? Dan bukan hanya sibuk memasarkan universiti tempatan sebagai peluang keuntungan?
Friday, January 11, 2008
Hentikan ISA
- gubahsuai dari risalah "Apa anda tahu tentang ISA?" Gerakan Mansuhkan ISA.
APA ANDA MAHU TAHU TENTANG ISA?
Akta Keselamatan Dalam Negeri
1. Apakah itu ISA?
ISA atau Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri) adalah satu daripada tiga undang-undang utama di negara ini yang membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja tanpa perlu dibawa dan dihadapkan ke mahkamah.
2. Dari mana datangnya ISA dan bila ISA dikuatkuasakan?
ISA bersumber daripada Undang-undang Daurat 1948-1960.
Daurat diisytiharkan tamat pada 30 Julai 1960 dan hanya selepas 24 jam, pada 1 Ogos 1960 ISA mula dikuatkuasakan.
ISA adalah berpaksikan kepada Peraturan 17 yang terkandung dalam Undang-undang Daurat 1948-1960.
3. Apa yang berlaku apabila seseorang ditahan di bawah ISA?
Seseorang itu akan ditahan untuk soal-siasat polis Cawangan Khas atau Special Branch, SB, bagi satu tempoh sehingga 60 hari. Semasa dalam tahanan polis, orang itu dikenakan tekanan mental, manipulasi psikologi, layanan tidak berperikemanusiaan dan terdapat benyak testimoni menunjukkan bahawa tahanan diseksa dengan kejam oleh polis SB.
Selepas soal- siasat 60 hari, seseorang tahanan itu seterusnya boleh dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di Kem Tahanan Kemunting. Perintah tahanan yang ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri ini boleh diperbaharui selama dua tahun lagi berkali-kali tanpa batas.
4. Apakah perkembangan terkini tentang ISA?
Untuk pengetahuan anda, pada hari ini masih terdapat hampir 100 prang yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Sebilangan tahanan lagi sedang menjalani soal-siasat 60 hari di bawah kuasa polis. Pada masa yang sama para aktivis sosial dan politik di negara ini terus diancam dengan penahanan tanpa bicara di bawah ISA.
5. Diatas kesalahan apakah mereka ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak?
Sebahagian besar daripada mereka ditahan kerana kerajaan mengataan mereka terlibat atau menjadi anggota Jemaah Islamiah (JI) dan Darul Islam (DI). Terdapat juga yang ditahan atas menjadi musuh politik kerajaan dan dilabelkan dengan gelaran terrorist.
6. Siapa lagi yang sedang menjalani tahanan ISA di Kem Tahanan Kamuting?
Beberapa orang lagi ditahan kerana dikatakan terlibat dengan pemalsuan dokumen.
7. Adakah mereka telah dihadapkan ke mahkamah?
Tidak, tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang dihadapkan ke mahkamah. Mereka ditahan selama 2 hingga 6 bulan dan lebih semata-mata di atas perintah tahanan yang ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri.
8. Apakah tuduhan kerajaan terhadap JI dan DI?
Kerajaan menuduh JI dan DI sebagai sebahagian daripada rangkaian pengganas atau tetoris antarabangsa yang ada hubungan dengan Al-Qaeda. Kerajaan juga menuduh mereka mahu menubuhkan Negara Islam Nusantara.
9. Siapa lagi sebelum mereka yang pernah dituduh sebagai anggota rangkaian terois?
Sebelum ini KMM atau Kumpulan Militan Malaysia telah ditahan di bawah ISA. Di kalangan tahanan KMM ada pula yang ditahan kerana menjadi anggota KMK, iaitu Kumpulan Militan Kedah! Terdapat seorang yang ditahan di atas tuduhan menjadi anggota Al-Qaeda! Setelah peristiwa 11 September 2001, tahanan Al-Maunah juga turut tersenarai sebagai kumpulan teroris. Sebelum itu, pada tahun 2000 kerajaan juga telah menahan beberapa orang yang dikatakan ahli PPA atau Pertubuhan Pengganas Antarabangsa.
10. Bagi tujuan pencegahan, bukankah ISA masih diperlukan?
Undang-undang pencegahan tidak sama sekali bermakna kerajaan boleh mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa bicara. Langkah-langkah pencegahan mesti berjalan seiring dengan usaha untuk menegakkan kebenaranm, ketelusan dan keadilan.
11. Sesetengah isu dalam negara seperti gejala murtad atau ajaran sesat adalah sensitif jika dibicarakan secara terbuka di mahkamah. Bukankah penahanan dan pemulihan di bawah ISA merupakan satu jalan penyelesaian yang bijak?
Tidak benar. Berpaksikan kepada prinsip keadilan dan kebenaran, apa sahaja jenis kesalahan yang hendak diselesaikan melalui satu jenis hukuman atau pemulihan hendaklah dibicarakan secara adil dan terbuka. Islam menolak penahanan tanpa bicara. Oleh itu, menggunakan ISA bagi tujuan kononnya untuk menjaga kepentingan Islam adalah satu perkara yang ditolak oleh Islam.
12. Ada pihak mengatakan ISA itu tidak salah, apa yang berlaku adalah ISA disalahgunakan. Adakah pernyataan ini boleh diterima?
Ini sama sekali tidak boleh diterima. Undang-undang yang mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan seseorang tanpa bicara dengan sendirinya jelas merupakan satu undang-undang yang salah. Undang-undang yang sah pun boleh disalahgunakan, sudah tentu undang-undang yang salah akan lebih teruk disalahgunakan.
13. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa ISA adalah selaras dengan Islam Hadhari, adakah ini benar?
Benar, Perdana Menteri memang ada berkata demikian. Jika yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari adalah Islam yang menumpukan kepada pembangunan tamadun, sudah tentu Islam Hadhari amat tidak selaras dengan ISA. Ini kerana ISA adalah undang-undang yang paling tidak bertamadun kerana ia mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan seseorang tanpa bicara.
14. Siapakan yang paling menderita apabila berlakunya penahanan ISA?
Isteri, anak-anak dan keluarga terdekat adalah orang-orang yang paling menderita. Mereka kehilangan kasih sayang, tempat bergantung dan sering hilang punca pendapatan. Isteri tahanan terpaksa berperanan sebagai ketua keluarga dan mencari sumber sara hidup untuk anak-anak. Mereka juga sering ditakut-takutkan serta diganggu secara mental dan seksual oleh polis cawangan khas, SB.
15. Apakah pendirian pihak-pihak lain terhadap ISA?
Badan-badan hak asasi manusia antarabangsa seperti Amnesty International, Human Rights Watch dan Islamic Human Rights Commission mendesak agar kerajaan Malaysia memansuhkan ISA.
SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia selaku badan tertinggi yang menasihati kerajaan dalam hal-ehwal hak asasi manusia juga telah mengesyorkan agar kerajaan memansuhkan ISA.
Selain itu, NGO-NGO hak asasi manusia seperti HAKAM, SUARAM JIM dan ABIM yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan ISA mendesak agar ISA dimansuhkan, Kem Tahanan Kamunting ditutup dan semua tahanan ISA hendaklah dihadapkan ke makamah atau dibebaskan jika kerajaan tiada bukti untuk mendakwa mereka di mahkamah.
16. Apakah yang boleh anda lakukan?
Sebarkan sebarang info mengenai ISA bagi menyedarkan orang ramai tentang kezaliman ISA.
Menuntut untuk membatahkan ISA!

Wednesday, January 9, 2008
V Ganabatirau yang tulus hati
- adaptasi daripada Suara Keadilan 2 - 16 Januari 2008
oleh:Tony Pua
SETELAH mengenali V Ganabatirau(Gana) selama lebih kurang lapan bulan dulu, saya tidak boleh mengatakan saya tahu semuanya. Tetapi ada banyak perkara yang melambangkan kemurniaannya yang saya kongsi bersama.
Gana bukanlah seorang rasis. Dia juga bukan seorang fanatik ugama dan tidak mungkin seorang pengganas seperti yang digambarkan. Setelah mengenalinya beberapa bulan dulu, sifatnya adalah bertentangan dengan apa yang cuba digambarkan oleh pemerintahan Abdullah Badawi melalui media.
Gana adalah rakyat Malaysia sejati, yang percaya bahawa semua rakyat Malaysia, tanpa mengenal laum, mempunyai hak yang sama untuk berjaya. Walaupun setengahnya mungkin mengatakan bahawa Hindraf sepatutnya memperlihatkan diri mereka supaya lebih bersifat berbilang kaum, tidak ada rakyat Malaysia yang waras dapat menafikan bahawa sebilangan besar orang-orang India di negara ini telah dipinggirkan dan hidup di bawah ataupun hampir dengan garis kemiskinan.
Melihat cara politik Malaysia hari ini, adalah tidak mengejutkan apabila kaum India terpaksa bangkit dan bersuara.
Tetapi bagi Gana, walaupun baru saja memulakan firma perundangannya, terpaksa berulang alik (sekurang-kurangnya seminggu sekali) di antara Teluk Intan (kampung halamannya) dan Shah Alam di mana mereka tinggal sekarang, untuk memberikan khidmatnya kepada mereka yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik.
Malah dia telah menyewa dan menyediakan kelengkapan pusat khidmat di Teluk Intan dengan duitnya sendiri, untuk meneruskan usahanya.
Apabila saya menerima kes-kes di pusat khidmat saya sendiri di Damansara Utama, dan memerlukan bantuan guaman untuk membantu mereka yang mengadu, Gana menawarkan diri tanpa diminta.
Sebagai contoh, terdapat satu kumpulan seramai tujuh orang kontraktor yang gagal mendapat bayaran daripada pemaju perumahan, Gana terus membantu mereka dan memberikan khidmat nasihat secara sukarela. Apabila tindakan undang-undang diperlukan saya terpaksa meyakinkannya untuk menerima pembayaran daripada kontraktor ini.
Fikirkan, kesemua kontraktor ini terdiri dari orang-orang Cina tetapi, perbezaan bangsa, seperti yang selalu diperkatakan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia, tidak pernah terlintas olehnya. Gana, adik bongsu di kalangan tiga beradik. Keluarga mana pun akan merasa bangga sekiranya mempunyai anak sepertinya. Keluarganya dari masyarakat India Telugu dan membesar dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Gana tidak mempunyai peluang untuk menamatkan pelajarannya seperti prang lain. Selepas menamatkan pelajarannya seperti orang lain. Selepas menamatkan Tingkatan lima, dia terpaksa bekerja sambilan untuk membantu keluarga dan dirinya.
Begitupun, itu tidak menghalangnya untuk berjimat dan mengambil kursus-kursus separuh masa untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pegawai kehakiman. Impiannya menjadi kenyataan ketika beliau berusia lewat dua puluhan apabila beliau berkaya mendapat ijazah undang-undang melalui program jarak jauh University of London.
Dia memulakan tugasnya sebagai pembantu undang-undang dengan sebuah firma guaman di Teluk Intan sehinggalah beliau mampu menubuhkan firmanya sendiri selepas berpindah ke Shah Alam tahun lepas.
Selama ini, beliau mempunyai cita-cita politik, bukan bercita-cita untuk mencari kekayaan diri secara haram ataupun tidak beretika, tetapi cita-cita untuk membantu memainkan peranan demi kemajuan masyarakatnya yang terpinggir khasnya, dan keseluruhan rakyat Malaysia amnya.
Setelah menubuhkan firmanya sendiri, untuk kebaikan atau sebaliknya, dia mampu memberi masa kepada isu-isu politik dan sosial. Dan dia melakukannya dengan sepenuh hati dan kerelaan.
Gana berkhawin tidak lama dulu dengan seorang guru sekolah. Dan pada hari merdeka yang lalu, anaknya yang pertama telah dilahirkan, sekarang berumur tidak sampai empat bulan. Jika Abdullah Badawi meneruskan caranya, sementara Gana dibebaskan dari tahanan ISA, anaknya akan berumur lebih dua tahun.
Bila Gana pertama kali menunjukkan isterinya yang berada di mahkamah kepada saya ketika dia didakwa dengan tuduhan menghasut di makamah syesen Kelang, anda akan dapat melihat air matanya dengan jelas. Segala kerisauannya, malangnya menjadi kenyataan.
Ketika menulis catatan ini, air mata mula mengalir. Saya sesungguhnya percaya bahawa Gana akan memperolehi lebih kekuatan selepas dibebaskan nanti. Kita mungkin tidak akan mendengar khabar dirinya untuk satu jangka waktu tetapi saya mengharapkan dia akan menjadi pemimpin di negara ini satu masa nanti.
Seorang pejuang ulung yang prihatin, bijak dan berdedikasi dalam memberikan sumbangan untuk merealisasikan Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang. Segala sumbangan dan pengorbanannya jangan harus dipersia-siakan.
Penulis adalah ahli DAP - tonypua.blogspot.com

Dengarlah Rintihan Hati Kaum India
Penderitaan hidup yang dihadapi oleh kaum India dalam negara kita bukanlah sesuatu yang baru.
Seringkali kita terdengar kisah hidup mereka yang menyayat hati melalui rencara suratkhabar atau televisyen. Jikalau dibuat perbandingan antara tiga golongan kaum yang utama, maka kaum India sepastinya jauh ketinggalan dalam aspek pendapatan dan kehidupan mereka.
Walaupun faktor sejarah merupakan salah satu punca yang utama, di mana kaum India pada asalnya telah dibawa oleh penjajah British ke Tanah Melayu dan bekerja sebagai buruh kasar di ladang-ladang getah kepunyaan British, namun selepas 50 tahun kemerdekan dan generasi demi generasi kita hidup di tanahair ini, takkanlah taraf kehidupan mereka masih kekal sebegini.
Pada pilihan raya yang lepas, sekumpulan orang yang menggelar diri sebagai “Kumpulan warganegara yang berprihatin” pernah menyebut sembilan masalah asas yang dihadapi oleh kaum India di Malaysia melalui siaran akhbar yang bertajuk “Election 2004: New Politics for Indian Malaysians”.
Di antaranya, masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum India termasuklah:
•Bilangan pemuda India yang mati dalam tahanan polis semakin meningkat;
•Masalah sosio-ekonomi di mana jurang kemiskinan antara masyarakat India dengan masyarakat kaum lain semakin luas;
•Kerajaan tidak mengambil pendekatan yang proaktif dalam menangani isu-isu sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;
•Kekurangan pelajar India yang diambil masuk ke dalam universiti memang menyakiti hati masyarakat India;
•Isu-isu yang berkaitan dengan Maika sehingga kini tidak dapat diselesaikan;
•Pembunuhan yang didakwa berasaskan motif perkauman seperti yang berlaku di Kampung Medan masih belum dapat diperjelaskan; dan
•Hak kaum India untuk mendapatkan rumah kos rendah tidak dapat dipertahankan.
Kuil diceroboh menunjukkan kerajaan BN yang tidak mengamalkan prinsip kebebasan kepercayaan yang dijanjikan sejak merdeka.
Disebabkan kemiskinan, kebanyakan anak-anak mereka terpaksa mengabaikan peluang pendidikan dan bekerja kuat untuk menampung beban hidup sekeluarga. Adalah sesuatu fenomena yang biasa bagi kanak-kanak India bekerja di ladang-ladang sejak kecil lagi demi membantu ibu bapa mereka dalam mencari rezeki hidup. Mereka sepatutnya dihantar ke sekolah untuk mendapatkan peluang pendidikan.
Jadi tidaklah hairan perhimpunan anjuran Hindraf (Hindu Rights Action Force) berjaya menarik penyertaan kaum India secara besar-besaran. Walaupun menerima ugutan daripada pelbagai pihak, termasuk pemimpin-pemimpin Umno, pasukan keselamatan dan juga pimpinan MIC sendiri, namun mereka tetap dengan perancangan yang asal.
Daripada reaksi mereka dapatlah kita merasai betapanya masyarakat India kecewa terhadap pemimpin-pemimpin BN dan MIC sendiri. Atas kekecewaan ini, mereka rela berpatah arang dan menerima apa jua padah yang dijatuhkan ke atas mereka.
Jikalau rintihan hidup tidak dapat didengar, perhimpunan memang merupakan salah satu cara untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Semangat mereka tidak pernah dipatahkan.
Sikap kerajaan BN, sebagaimana yang pemimpin-pemimpin BN tunjukkan terhadap mereka yang menyertai perhimpuan BERSIH bagi menuntut proses pilihan raya yang bersih dan adil adalah dijangkakan. Mereka langsung tidak mengizinkan rakyat berhimpun secara aman demi menyuarakan pendirian mereka.
Melalui pelbagai cara, perhimpunan Hindraf pula menerima tohmahan pemimpin-pemimpin BN dan ugutan daripada pasukan polis, termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan mereka yang menyertai perhimpunan. Malah, mereka yang ditangkap dan ditahan telah menerima layanan polis secara kasar. Mana perginya pemimpin-pemimpin MIC kebelakangan ini?
Adakah anda bersetuju dengan tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh Hindraf? Walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak dapat kita semua terima, namun hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menyuarakan rintihan hidup dan tuntutan-tuntutan mereka perlulah kita hormati.

Inspirasi Dahulu Untuk Mara Ke Hadapan
Temuramah Sdr. Lim Kit Siang
- adaptasi daripada theSun
theSun: Kita akan mencapai 50 tahun kemerdekaan tidak lama lagi, jadi apakah yang YB fikir telah kita capai selama ini?
LKS: Saya berpendapat pencapaian kita selama ini bercampur-aduk. Bila kita mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu dan selepas itu dengan Sabah dan Sarawak, kita menubuhkan Persekutuan Malaysia, dan kita semua mempunyai satu visi dan hasrat – bahawa kita semua akan menjadi bangsa Malaysia.
Bermakna, kita semua kurang kemelayuan, kurang kecinaan, kurang India, kurang Kadazan dan kurang keibanan dan seterusnya, tetapi dalam menyambut 50 tahun kemerdekaan ini, khususnya melihatkan apa yang telah terjadi dalam dua bulan yang lepas, kita seolah-olah telah menjadi kurang ke-Malaysiaan, dan menjadi lebih Melayu, lebih Cina, lebih India, lebih Kadazan dan lebih Iban.
theSun: Apa yang telah berlaku? Tentulah selepas 50 tahun itula satu-satunya soalan yang paling penting untuk ditimbulkan.
LKS: Tentu sekali. Tetapi dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan Ghana yang juga mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama, saya rasa kita lebih ke hadapan 10 kali.
Tetapi kita tidak harus membandingkan diri kita dengan negara yang kurang maju. Kita seharusnya membandingkan diri kita dengan negara-negara yang sama setaraf dengan kita. Misalkata, dengan negara Jepun.
Jika kita melihat dari sudut itu, apabila kita mencapai kemerdekaan, kita hanya di belakang Jepun jika dibandingkan dari segi pembangunan. Tapi semenjak itu, kita sudah jauh ketinggalan. Ngera-negara lain telah jauh ke hadapan menandingi kita dan menjadi negara-negara pertama dan maju seperti Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan juga Hong Kong.
theSun: Sedangkan bagi kita ianya masih merupakan wawasan yang masih jauh di hadapan. Mengapa?
LKS: Ini bukan disebabkan kita kekurangan potensi, kemampuan, sumber-sumber alam dan daya pemikiran. Masalahnya ialah dari segi polisi-polisi pembangunan negara. Polisi-polisi ini semakan lama tidak mampu membangunkan modal manusia, sebaliknya kita dapati masalah yang tenat di mana kita kehilangan golongan bijak pandai, lebih-lebih lagi di kalangan yang cerdik dan paling berkemampuan dari negara ini. Semuanya disebabkan oleh polisi-polisi pembangunan negara dan masalah dengan sistem pendidikan dan pembelajaran kita. Dan masalah ini masih berterusan.
theSun: Jadi inilah yang YB katakan pencapaian yang bercampur-aduk.
LKS: Ya. Tapi apa yang menjadi kebimbangan yang paling serius pada saya ialah rakyat, iaitu “kita” – tidak mempu menjadikan kita lebih ke-Malaysiaan, atau bangsa Malaysia. Sebaliknya kita terus-menerus lebih menekankan diri kita sebagai orang Melayu, Cina, Kadazan dll.
theSun: Ini sungguh mencemaskan, tidakkah begitu?
LKS: Ya, sungguh, sungguh membimbangka. Lebih-lebih lagi mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam tempoh sebulan, dua bulan yang lalu, yang benar-benar mencemaskan. Sebenarnya ramai yang bertanya-tanya apakah ertinya 50 tahun merdeka sekiranya mereka lebih terasa berpecah-belah dan terasing antara kaum satu sama lain.
Inilah sepatutnya menjadi tumpuan kerajaan dan rakyat Malaysia sejagat.
Perhimpunan MCA baru-baru ini menampakkan kepecah-belahan yang ketara ini.
Kadangkala kes sebesar kuman menjadi obsesi seluruh ahli kebinet, sedangkan ada lebih banyak isu yang jauh lebih penting seperti isu integriti dalam pentadbiran, pembangunan, korupsi, dan bagaiman Malaysia boleh bertanding di arena global.
Kita harus bergerak jauh daripada pemikiran kalut: orang Melayu vs. orang bukan Melayu, atau bumi vs. bukan-bumi. Kita sepatutnya berfikir dari sudut: Malaysia vs.rakyat global. Tapi kita seolah-olah lupa daratan dan hilang fokus sebenar.
theSun: Adakah YB berfikir bahawa kita sekarang telah mencapai tahap kurang toleransi di mana dengan setiap provokasi kita sebut “lucutkan kewarganegaraan.” Ini seolah-olah seperti permaisuri dalam cerita dongeng “Alice in Wonderland” yang seringkali menyebut “off with his head.” Terlalu keterlaluan, apa tidak?
LKS: Lebih dari itu, ini sebagai satu ugutan, dan hasutan. Bila Parlimen bersidang semula selepas kejadian 13 Mei, Perlembagaan Malaysia telah dipinda untuk mengatasi masalah empat isu sensitive yang tidak boleh ditimbul atau disoal lagi, seperti isu berkaitan hak-hak keistimewaan orang Melayu, bahasa, kesultanan dan hak kewarganegaraan.
Ini bermakna pindaan ini menghentikan perkara-perkara seperti panggilan lucutan kewarganeraan.
theSun: Tetapi sekarang seolah-olah menjadi satu fesyen, apabila memanggil kelucutan kewarganegaraan seseorang. Adakah itu yang YB hendak katakan?
LKS: Ya. Sekarang kita dapati Menteri, Menteri-menteri beasr dan ketua Menteri melaungkan kata-kata “lucutkan kewarganegaraan dia!” Tidakkah mereka akan didakwa dibawah undang-undang hasutan (sedition)? Kerana pindaan perlembagaan tidak perlukan sebarang bukti ada niat jahat atau sebaliknya.
Telah banyak inisiden berlaku di mana kerajaan bertindak terburu-buru. Ini tidak boleh, itu tidak boleh. Tiada sebarang tolak-ansur kepada ini, atau perbincangan untuk itu.
theSun: Adakah YB fikir semua yang telah berlaku adalah keterlaluan? Sebagai contoh halangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Interfaith dan pembatahan debat mengenai Artikel 11 (semua rakyat mempunyai hak untuk mengamalkan agamanya sendiri). Ini adalah antara perkembangan yang terbaru.
LKS: Isu-isu sebegini telah bercampur-aduk dengan politik dan parti-parti politik. Kini telah menjadi satu ketidak-selesaan di kalangan kumpulan-kumpulan agama yang mana kita tidak pernah hadapi sebelum ini.
theSun: Tetapi, ia tidak selalu sebegini. Saya pasti YB juga rasakan begitu.
LKS: Ia memang tidak selalu begini. Pada awal-awal zaman kemerdekaan Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman, menggalakkan perbincangan-antara-agama. Beliau menubuhkan apa yang dikenali pada masa itu sebagai organisasi antara-agama atau IRO, sepertimana artikel 11 nyatakan. Yang nyata, Tunku percaya bahawa semua agama boleh bersama untuk menegakkan lebih persefahaman agama, berdialog dan tolak-ansur sesama mereka.
Tetapi sekarang konsep tersebut seolah-olah mustahil difikirkan dan juga mungkin tidak boleh diterima. Galakan bagi dialog agama hanya untuk forum antarabangsa sahaja, tetapi bukan sakali-kali untuk keperluan tempatan.
Saya rasakan sesuata yang benar-benar silap telah berlaku dan sekiranya kita tidak benar-benar sanggup untuk mengatasi isu-isu ini, maka kita akan hadapi masalah yang lebih besar dimasa hadapan.
theSun: Ke mana sahaja kita pergi kita mengisytiharkan bahawa kita Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama, hidup harmoni dengan satu sama lain. Tetapi ini, seperti kata YB tadi, tidak pernah dipupuk dan dilahirkan dari hati yang suci. Apa yang dapat kita buat?
LKS: Pemimpin perlu memberikan contoh teladan melalui institusi dan organisasi dalam masyarakat. Untuk membatinkan kepelbagaian kita di negara ini, kita mestilah ikhlas dan setia terhadap asas prinsip ini.
Sebenarnya, apabila kita mula menubuhkan negara ini, kita tidak pernah menetapkan arah tujuan yang jelas dalam pembangunan negara. Tiada sebarang rancangan atau “road map” tentang bagaimana kita hendak negara ini dibangunkan.
Sememangnya prinsip asa telah pun ada. Kita ada kontrak sosial semasa kaum yang mengatakan kita sebagai demokratik, dengan kepelbagai agama, kaum, negara progresif di mana Islam ialah agama rasmi negara tetapi bukan negara Islam.
Kita ada formulanya. Tidak betul jika kita kata kita tidak punyai formula. Tetapi pimimpin yang memegang kuasa sekarang ini semakin lama semakin menjauhkan lagi dari mencontohi formula ini.
Malahan mereka yang berkuasa seolah-olah keberatan handak mengaku yang Malaysia sekarang ialah negara secular, sungguhpun mahkamah telah menisytiharkannya sedemikan.
Sekarang ini, banyak perkara dirasakan menjadi terlalu sensitif, sehinggakan tidak boleh lagi dibincang atau dibahaskan secara umum. Adakah ini sihat?
Semestinya tidak. Tetapi kenapa ia kian berlaku sekarang? Jika kita boleh adakan perbincangan awam mengenai kontrak sosial pada tahun 1956 dan 1957, kenapa kita tidak boleh adakan perbincangan awam untuk membincangkan jika kontrak sosial masih patut diteruskan atau diperteguhkan lagi? Ramai yang bercakap mengenai kontrak sosial sekarang, tetapi hanya di belakang tadbir.
Adalah penting untuk diingatkan bahawa kontrak sosial ini bukannya hak milik parti pemerintah. Ia adalah satu warisan dan hak pusaka setiap rakyat Malaysia dan semua rakyat Malaysia hari ini berhak untuk memberi pendapat mereka atas status kontrak sosial ini.
Setiap rakyat patut terlibat. Perkara sepenting ini tidak patut dibincangkan dalam kawasan tertutup. Di mana yang dikatakan penglibatan demokrasi? Kita kini sedang menutup semua saluran untuk rakyat bersuara.
theSun: Jadi, apa patut kita buat sekarang?
LKS: Sebuah majlis perunding negara patut diadakan untuk membincangkan segala isu-isu semasa negara secara terbuka dan bertindak terhadap masalah ini. Jika kita terus cuba menutup dan menepikan ke sebelah, masalah akan menjadi lebih besar dan akhirnya seluruh negara akan turut terjejas.
Menjelang kemerdekaan 50 tahun ini, kita sepatutnya merancang sistem kajian untuk melihat di mana kegagalan kita, di mana kejayaan kita. Dan wakil semua sektor rakyat negara ini mesti turut terlibat. Kita tidak mahu hanya pihak tertentu disekeliling Perdana Menteri sahaja yang terlibat. Ia pasti tidak boleh dipercayai langsung. Ia harus melibatkan proses nasional yang melibatkan semua pihak dari pelbagai golongan masyarakat.
theSun: Yb telah menjadi wakil rakyat semenjak 1969. Apa yang telah YB sumbangkan terhadap proses pembangunan negara ini?
LKS: Saya seboleh-bolehnya percaya bahawa saya telah menyumbangkan aspirasi Malaysia untuk demokrasi, keadilan, kebebasan dan integriti dalam pentadbiran. Sebagai seorang ahli parti pembangkang dalam sistem politik Malaysia tanpa majoriti, tiada sesiapa percaya kita dapat mengubah kerajaan pada ketika ini dan memperkenalkan undang-undang dan polisi baru. Tetapi sebagai seorang wakil rakyat pembangkang, saya fikir saya telah menyumbang secukupnya untuk terus menghidupkan aspirasi-aspirasi tersebut dan seterusnya memberi tekanan yang secukupnya kepada kerajaan semasa untuk bertindak sepatutnya terhadap segala masalah yang timbul.
Selain itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam perbentukan anak-anak berfikir sabagai anggota masyarakat negara, dan bukan terhad sebagai ahli dari kaum tertentu. Adakah sistem pendidikan negara membantu dalam proses pembangunan negara?
Saya fikir sistem pendidikan negara ini tidak mampu melahirkan wargenegara muda yang kritikal dan matang dalam fikiran. Ini sungguh mengecewakan sekali. Pendidikan ialah salah satu perkara penting yang patut kita amat menitik-beratkan. Kerajaan patut menghapuskan factor-faktor yang menghalang kebebasan di universiti-universiti, dalam masyarakat majmuk dan sekaligus, negara.
theSun: Adakah institusi-insitusi yang kita tubuhkan apabila kita mencapai kemerdekaan 1957 masih berkuatkuasa?
LKS: Ini adalah yang sangat menyedihkan tentang negara kita ini. Selepas 50 tahun Merdeka, institusi-institusi, intergriti dalam pentadbiran, kemerdekaan, kebebasan, dan kepercayaan rakyat telah jatuh merundum. Dalam badan Parlimen, badan kehakiman, eksekutif, dan institusi yang penting seperti polis, Badan Pencegah Rasuah, Suruhanjaya Pilihanraya, semuanya menghadapi pemikiran perkhidmatan awam yang kian merosot. Saya rasakan bahawa kita sebenarnya jatuh kebelakang dan bukannya maju ke hadapan.
Kita sepatutnya menjadi negara yang jauh lebih maju berbanding dengan banyak negara-negara lain yang telah mencapai taraf negara maju. Ambil media massa sebagai contoh. Kebebasan akhbar, ini adalah sangat penting. Media adalah institusi yang sangat penting. Jadi soalan yang kita patut bertanyakan diri masing-masing sekarang ialah: Adakah kita sedang mara ke hadapan atau sebaliknya, jatuh ke belakang?
theSun: Bagaimana YB lihat masa depan kita. Tidakkah ada sikap optimistic terhadap mada depan negara langsung?
LKS: Sempena hari kemerdekaan yang ke-50 ini, dengan pelbagai kejadian yang telah berlaku sebulan dua yang lepas, akan membolehkan rakyat berfikir secara bernas. Sesungguhnya mereka patut berfikir beberapa tahun yang lepas. Kejadian-kejadian yang baru-baru berlaku ini sudah pasti membuat orang ramai berfikir tentang isu-isu tempatan yang fundamental. Jika ini berlaku, kita masih lagi ada harapan untuk masa depan yang cerah!

Tuesday, January 8, 2008
M For Malaysia : Past, Present & Future
M For Malaysia : Past, Present & Future
Suatu video youtube yang harus dinyaksi oleh seluruh rakyat Malaysia.
[Gubah dari tayangan V for Vendetta]
"People should not be afraid their government and government should be afraid their people....
The building(parliament) is a symbol...
Symbols are given powers by people.
Alone, a symbol is meaningless,
but with enough people...
can change the world!"
"Rakyat tidak patut takut kepada kerajaan mereka sebaliknya kerajaan yang seharusnya takut kepada rakyat..."
Parlimen hanyalah suatu simbol...
Simbol yang dikurniakan kuasa oleh rakyat,
Tanpa rakyat, ia menjadi simbol yang tak bermakna,
Akan tetapi dengan kuasa rakyat yang cukup,
Kita dapat membuat PERUBAHAN!

Subscribe to:
Posts (Atom)