Thursday, February 21, 2008

Teo Nie Ching untuk Serdang


Teo Nie Ching dilahirkan dalam suatu keluarga yang prihatin pada bidang politik. Ayah beliau merupakan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Kawasan Labis untuk Parti DAP. Kakak dan abang ipar beliau pula masing-masing menjawat jawatan Ketua Pemuda dan Pemangku Ketua Pemuda DAP di Negeri Johor. Dalam suasana sedemikian, Nie Ching telah diasuh menjadi seorang yang peka tentang hal-hal politik.

Sejak kecil lagi, Nie Ching telah bercita-cita menjadi seorang peguam. Bahkan semasa beliau masih menuntut di sekolah rendah, peguam sentiasa menjadi pilihan pekerjaannya apabila disoal. Bagi Nie Ching, tugasnya sebagai peguam adalah untuk menghalang penyalahgunaan undang-undang oleh golongan kaya dan menyebar kesedaran antara golongan miskin tentang hak-hak mereka.

Selepas penamatan sekolah menengahnya, dan untuk tujuan bertutur dengan lebih fasih dalam bahasa ibundanya, Nie Ching menyertai Pertandingan Pidato Motivasi Terbuka dan terus meraih piala johan. Atas kejayaan ini, beliau muncul sebagai pensyarah termuda pada umur 22.

Nie Ching diterima masuk sebagai seorang penguambela & penguamcara pada tahun 2006. Walaupun sibuk dengan urusan guamannya, beliau masih bersungguh-sungguh bergiat dalam kumpulan peguam muda dalam Badan Peguam Malaysia.

Pada 2007, Nie Ching yang baru menjangkaui 2 tahun dalam amalan guamannya, telah sedia memikul tanggungjawab masyarakat dan berdiri di hadapan barisan perjuangan untuk keadilan. Beliau merupakan peguam sukarela untuk Barisan Pro-Mahasiswa di Universiti Malaya. Beliau juga mewakili penternak khinzir di Melaka untuk membela hak mereka terhadap penindasan kerajaan.

Kerana sumbangannya kepada masyarakat, beliau sentiasa dijemput sebagai tetamu di sidang pagi "Ai Fm" dan pengarang dalam suratkhabar.

Pemberian kuasa yang muktamad kepada kerajaan akan menyebabkan penyelewengan. Satu-satu jalan keluar untuk Malaysia ialah menafikan majority 2/3 Barisan Nasional. Kehakiman dan Perlembagaan sebagai pembela hak rakyat mesti ditegakkan. Nie Ching akan bertungkus-lumus untuk menyumbang kepada pembangunan demokrasi serta memantau tingkah laku kerajaan.

4 comments:

Anonymous said...

败国阵线手遮天,无法无天天难容。
南北大盗涨不停,到死不知和约容。
查宫非法高高建,有权有势没人抓。
贪污程度年年曾,反贪局长也贪污。
一亿装修国会漏,笑辩女人每月漏。
一亿马币上太空,回来还是没工做。
巴生西港十八亿,现在留给鬼魂聚。
军库炸尸蒙古女,老二没事隔岸观。
卫生部长拍A片,理直气壮不只耻。
司法丑闻大家看,林甘不认又怎样?
大宝森节印庙拆,街头诉来反被抓。
治安败坏盗贼昌,警长都会被劫杀。
国小建来华小关,师资减来处处刁。
三万拨款变三千,部长举剑来恐吓。
华印犹如街边狗,一等公民二等命。
大选来时派糖果,犹如施舍给乞丐。
只怪我们不争气,把票投给不肖党。
说是为我族群益,只会污桶脚下舔。
边缘打压五十年,今年还要我投你?

Anonymous said...

Hello Miss Teo,

My name is Moses. I live in Puncak Utama, I believe under your constituency. Though I will be voting under Seremban, my wife was registered and scheduled to vote at Serdang Lama. She is a first time voter while I have voted several times already. My hope is to have a change in our society, a more wholistic Malaysia.

Puncak Utama is new area with mixed residents almost balanced. Yap Pian Hon was instrumental in looking at our grouses which included air and water pollution from illegal factories. We are under Kajang Municipal. Do come by if you can say around 7 to 7.30pm to gauge your potential supporters. Come and have a look.
Regards.

Snowpiano^ ^ said...

I am not Teo Nie Ching but her assistant and supporter. Thanks for your information and we will be there for sure. :)

peisheah said...

i was at the ceramah at kajang prima today. she took a picture with my 6-month old infant son. although i did not managed to see her speak as i had to leave, i hope she'll win.

however, i noticed that the handout is not appropriate for this campaign. as an opposition side, i'm of the opinion that the flier containing images of BN leaders does not promote DAP nor does it enhances her image. it will only made the BN leaders to be more well known.

if it's an advertisement, you would not promote your competitors right? further, the malays are not the enemy. neither is UMNO per se. it's the corrupt & incapable leaders.

i know the opposition lacks resources & quality ideas might be hard to come by. anyway, please consider my comments to come out with something that not bites back.

thanks to you & Teo Nie Ching for standing up for us.