Friday, November 18, 2011

Laporan Rakyat - Borang Penilaian MP & ADUN









The Laporan Rakyat is a joint initiative by the CPPS and UndiMsia!, which aims to assist the rakyat in assessing the performance of their current ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) as well as MP and subsequently to encourage critical thinking amongst the rakyat in order to make informed decisions for their own communities. Coupled with workshops on voters’ education, the Laporan Rakyat is part of a bigger voters’ education and election watch campaign embarked by both UndiMsia! and CPPS respectively.

For more information, please contact move@undimsia.com or 03-22011454.

TheMalaysianinsider:
Laporan Rakyat: Inisiatif demokrasi galak fikiran kritis rakyat, kata MP Umno

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Projek Laporan Rakyat yang dilancarkan Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan UndiMsia! hari ini, satu inisiatif inovasi demokrasi yang dapat meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat dalam proses politik negara, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.

Laporan Rakyat akan menilai prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen dan bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kritis di kalangan rakyat dan pada masa yang sama melibatkan mereka dalam proses demokrasi.

Projek perintis akan bermula di Parlimen Hulu Langat, yang menyaksikan perubahan pada pilihan raya umum 2008, yang “mencerminkan komposisi geografi, kaum dan agama.”

Kaji selidik itu akan menilai prestasi wakil rakyat selain masyarakat juga digalakkan untuk mengulas tentang isu utama yang berlaku di kalangan mereka.

Saifuddin (gambar) berkata, beliau percaya langkah itu akan membuka lembaran baru komunikasi dua hala antara wakil rakyat dan rakyat.

“Ia dapat membantu wakil rakyat untuk memperbaiki perkhidmatannya manakala rakyat dapat menyampaikan pengharapan terhadap perkhidmatan yang diperlukan daripada wakil rakyatnya,” kata beliau lagi.

Saifuddin, Ahli Parlimen Temerloh berkata, ia juga akan mematangkan demokrasi kerana penilaian terhadap wakil rakyat dibuat secara sistematik dan tidak lagi semata-mata atas persepsi dan sentimen sahaja.

Katanya, sebagai wakil rakyat pertama kali — wakil rakyat kawasan Temerloh, “saya telah memulakan kad laporan saya sejak genap enam bulan pertama saya diamanahkan tugas ini.”

“Saya mengeluarkan kad laporan saya pada setiap enam bulan. Terakhir ialah kad laporan tiga tahun sebagai Ahli Parlimen,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini.

Saifuddin berkata, kad laporan mengandungi kerja dan pencapaian dalam Enam Bidang Pembangunan Tumpuan, yang digariskan dalam manifestonya semasa pilihan raya umum ke-12 iaitu pendidikan dan latihan, kesihatan dan kecergasan; pekerjaan dan ekonomi, jati diri dan sosiobudaya, partisipasi dan masyarakat sivil serta frasarana dan kemudahan awam.

Katanya, kad laporannya dibentangkan pada mesyuarat Majlis Perundingan Parlimen Temerloh, yang dianggotai 150 orang perwakilan dari sektor kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil untuk mendapatkan maklum balas.

“Ia juga diedar kepada media dan disiarkan dalam laman web saya. Di samping medium-medium ini, kad laporan tiga tahun telah juga diedar dalam bentuk brosur di kawasan Parlimen Temerloh.

“Saya ingin menyertai projek ini kerana ia dapat memperbaiki kad laporan saya yang sedia ada,” katanya lagi.

Kaji selidik itu akan menilai prestasi wakil rakyat selain masyarakat juga digalakkan untuk mengulas tentang isu utama yang berlaku di kalangan mereka.

Laporan Rakyat boleh didapati di laman web UndiMsia! dan CPPS.

Keputusan kaji selidik akan dikeluarkan pada Mac 2012.

No comments: