Monday, April 6, 2009

Bukit Gandang Undilah Nizar!



Undilah Pakatan Rakyat demi masa depan Malaysia! Undilah Nizar demi generasi yang akan datang!



Bukit Gantang: 10,000 dengar Amanat Mursyidul Am, Presiden PAS

TAIPING, 10 Mac - Hujan renyai-renyai yang turun di sekitar jam 9.00 malam tidak menghalang 10,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan ceramah di Simpang, Taiping untuk mendengar amanat Mursyidul PAS PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang pada 8 Mac lalu.
Turut memberikan amanat di majlis itu, Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ahmad, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dari DAP, Nga Kor Ming, Adun Aulong, Yew Tian Hoe, dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.
Dato' Nik Aziz dalam amanatnya meminta para pengundi di kawasan Bukit Gantang agar bijak berpolitik dalam menentukan pemimpin yang bakal dipilih nanti.
Umno katanya, bukan sahaja tidak boleh diharapkan membela agama dan orang orang Melayu, bahkan parti itu sendiri menderhakai Raja Raja Melayu melalui beberapa siri penderhakaan yang dilancarkan parti 'Assobiyah Melayu' itu.
Antaranya termasuklah dalam isu menghapuskam imuniti Raja Raja Melayu, tindakan penyokong Bekas Menteri Besar Terengganu yang menghina Sultan Terengganu dan pelbagai siri penderhakaan terhadap Raja Melayu.
Program pada malam tadi juga berjaya menghimpunkan seluruh penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.
Sebelum itu pada sebelah petangnya Ustaz Nik Aziz telah melancarkan dan merasmikan Bilik Gerakan Pilihan Raya Kelantan di Kuala Sepetang. Kelantan dijangka akan menghantar petugas-petugas sepenuh masa bagi membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar lagi.
Pelancaran gerak kerja pilihan raya yang dilancarkan Mursyidul Am PAS itu bermakna bermulalah gerak kerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.
Selepas ini Bukit Gantang yang mempunyai tiga DUN dan 38 daerah mengundi akan didatangi oleh beribu-ribu petugas Pakatan Rakyat dari seluruh negara.
Nik Aziz meminta pengundi di kawasan tersebut agar tidak membuat kesilapan dengan memilih calon BN, sewajarnya calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat menjadi pilihan pengundi di kawasan ini sebagai tindakan 'mengajar' BN yang bertindak zalim apabila merampas kuasa rakyat di negeri Perak.
"Pilihan raya kali ini menjadikan Bukit Gantang sebagai ukuran pengaruh yang sebenar kepada Pakatan Rakyat dan BN," kata Nik Aziz.


Mustahil UMNO-BN Mampu Bawa Perubahan!


By Anwar Ibrahim

Setelah anaknya digantung tugas semalam, hari ini YB Karpal Singh pula dihadapkan dengan tuduhan menghasut, hanya kerana memberi pandangan profesional berhubung kedudukan Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Saya rasa ramai sekali pakar perundangan yang memberi pandangan mereka berhubung isu tersebut, ada yang bersetuju, ada yang tidak.

Episod ini terjadi hanyalah kerana Singa Bukit Gelugor adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat! Beliau cuba dialahkan dengan kekuasaan milik pemerintah, namun rakyat keseluruhan yang dahagakan Perubahan pastinya bersama wakil Pakatan Rakyat.

Hadir bersama pagi tadi di mahkamah ialah Saudara Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua dan saya sendiri. Jelas perubahan yang dicanang seluruh negara adalah kepura-puraan UMNO-BN bagi meraih kembali sokongan rakyat.

Terpalit dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa juga rasuah, mustahil UMNO-BN mampu memangkin agenda perubahan. Baru sahaja pilihanraya umum yang lalu, rakyat menghantar mesej kepada penguasa, dan untuk kesekian kalinya, mereka memandang remeh mesej tersebut.

ANWAR IBRAHIM


Bukit Gantang by-election – three historic missions of the voters


(Took from blog Lim Kit Siang)

The 55,562 voters in the Bukit Gantang parliamentary constituency have a three-fold historic mission when they cast their votes in the by-election on Tuesday, April 7, 2009.

Firstly, to vote on behalf of the people of Perak to reject the unethical, undemocratic, illegal and unconstitutional power grab in Perak orchestrated by Datuk Seri Najib Razak sparking off a prolonged constitutional crisis with two Mentris Besar, a political stalemate and the grave erosion of the doctrine of the separation of powers, symbolised by the Democracy Tree in Ipoh which has entered into Malaysian political folklore and gained international recognition and admiration. Vote on April 7 for a return of the mandate to the voters of Perak by dissolving the Perak State Assembly and holding of state general election for Perakians to decide on the government of their choice.

Secondly, to vote on behalf of the people of Malaysia to send a clear and unmistakable message to Najib, who is to succeed Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as Prime Minister of Malaysia, that to safeguard the honour of the highest political office of the land and that of the nation, he must address the many serious swirling allegations haunting and hounding him whether about mega-defence commissions or the C4 murder of Mongolian Altantunya Shariibuu as they affect public and international perceptions about his suitability, integrity and legitimacy as Malaysian Prime Minister – and public interests demand a Royal Commission of Inquiry to establish Najib ’s innocence and clear his name with regard to all these allegations; and

Thirdly, to vote on behalf of all Malaysians to endorse and reaffirm the March 8, 2008 general elections results to demonstrate that the political tsunami last year was not an accident or one-off phenomenon but represented the deep-abiding aspirations of Malaysians for political change and an end to Umno political hegemony and arrogance of power; that Malaysia can only move forward to become more democratic towards a two-coalition political system with effective checks and balances to prevent gross abuses of power and that there can be no retreat or return to the Mahathirism of the past under Najib.

(Speech at the Pakatan Rakyat Bukit Gantang by-election ceramah at Kuala Sepetang on nomination day, Sunday, 29th March 2009 at 10 pm)



Undilah Pakatan Rakyat demi masa depan Malaysia! Undilah Nizar demi generasi yang akan datang!

No comments: