Friday, May 23, 2008

Kerajaan Negeri Sokong Penduduk Bandar Mahkota Cheras



Petikan daripada Laman Web Kerajaan Selangor:

SHAH ALAM, 22 Mei – Kerajaan negeri Selangor hari ini secara terbuka menyatakan sokongan terhadap penduduk Bandar Mahkota Cheras untuk mendapatkan laluan percuma dari taman perumahan itu ke Lebuhraya Cheras-Kajang.


Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata masalah itu membabitkan di antara dua syarikat, pemaju Bandar Mahkota Cheras, Narajaya Sdn Bhd dan pemegang konsesi lebuhraya itu, Grand Saga Sdn Bhd.

“Pada saya perkara itu antara dua bisnes entiti yang akan ditentukan oleh mahkamah. Jika Grand Saga tidak berjaya bererti jalan tol itu dibuka. Tetapi jika Narajaya tidak berjaya tol itu masih lagi boleh dibuka tetapi Narajaya kena membayar kepada Grand Saga,” katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN Selangor di sini, hari ini.

Tambahnya perkara itu tidak akan melibatkan masyarakat kerana kedua-dua penyelesaian itu menunjukkan bahawa pembukaan jalan itu tidak akan menjejaskan keputusan kedua belah pihak.

“Walau bagaimanapun kita berharap Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menguruskan perkara ini sebab untuk menggunakan laluan itu perlu mendapat kelulusan dari mereka,” katanya.

Beliau juga difahamkan jalan itu kini sudah boleh digunakan oleh orang ramai.

Sementara itu, isu penutupan jalan keluar masuk Bandar Mahkota Cheras timbul apabila tembok konkrit yang dibina bagi menghalang kemasukan terus trafik dari Bandar Mahkota Cheras ke Persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Raya Cheras-Kajang dipecahkan, dipercayai dilakukan penduduk setempat. –MURIZA ABDUL HAMID

No comments: